Thursday, April 25, 2013

Malu

Assalamualaikum Semua!!!

Maafkan hamba kerana tidak mengemaskini cerita di blog ini. Apa Khabar sahabat sekalian? Harap semuanya sihat dan diberkati Allah. Saudara sekalian, pada hari ini suka sekiranya hamba berkongsi pendapat mengenai suatu tajuk yang hamba fikir sesuai untuk kita semua umat akhir zaman ini. Tajuk pada hari ini ialah mengenai, sifat malu.

"Malu itu datangnya daripada keimanan dan membawa kesyurga dan sebaliknya membawa ke neraka."

-Bukhari-

Saudara yang dirahmati Allah, andaikan hidup kita ini seperti blog. Setiap apa yang kita lakukan kita catitkan didalam blog untuk tatapan orang ramai, untuk dibaca, pasti kita cuma mahu menunjukkan sisi yang cantik sahaja walhal apa yang kita lakukan begitu hina sekali. Contohnya, pada pagi hari kita bangun pada pukul 9 pagi tetapi apa yang kita beri tahu orang lain kita bangun untuk solat subuh. Sebab apa kita beri tahu perkara yang tidak benar? Sebab kita malu dengan orang lain. Saudara sekalian, persoalannya disini siapakah sahabat kita jika dibandingkan dengan Allah? Kita malu dengan manusia tetapi tidak malu pada pencipta. Itu hakikat yang saya dan saudara sekalian harus terima. 

Sifat malu ini saudara sekalian ialah sifat yang dianugerahkan oleh Allah. Bayangkan hidup kita ini tiada sifat malu, sesuka hati saja kita pergi kemana-mana tanpa berpakaian bukan? Sifat malu ini Allah kurniakan bukan saja pada orang islam bahkan pada orang bukan islam juga. Mereka juga malu untuk melakukan perkara-perkara yang salah dan haram seperti juga kita kerana di dunia ini tidak ada satu agama pun yang menganjurkan penganutnya berbuat kejahatan. 

Justeru, saya berpesan terutama pada diri hamba dan sahabat yang hamba sayangi. Mari kita perbaiki diri kita. Pelihara sifat malu kerana malu itu perisai orang beriman. Saudara sekalian, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari hamba sendiri. 


1 comment: