Apa khabar pembaca hamba yang setia (bajet popular)? Hari ini topik yang ingin saya utarakan ialah cabaran bahasa Melayu dalam dunia moden. Dalam arus pemodenan yang semakin deras, teknologi semakin canggih saban hari. 10 tahun yang lalu, Malaysia secara khususnya umpama dilanda demam dengan lambakan telefon bimbit yang canggih. Boleh membuat panggilan dan melakukan khidmat pesanan ringkas (SMS). Beberapa tahun kemudian, didatangi pula dengan pendatang baru iaitu telefon bimbit dengan kamera. Tidak lama selepas itu, muncul pula pelbagai variasi telefon sehinggalah ke hari ini, teknologi telefon bimbit begitu maju sekali.
Justeru, ramai pemikir bahasa Melayu melahirkan kebimbangan susulan daripada perkembangan yang begitu pesat. Terutama implikasi penggunaan teknologi ini kepada golongan muda tidak kurang juga golongan berusia. Apa yang sering menjadi kebimbangan golongan ini ialah penggunaan bahasa Melayu yang tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa rojak dan bahasa pasar tidak dilupakan juga penggunaan kata singkatan. Mereka berpendapat bahawa penggunaan bahasa ini merencatkan keunikan serta kecantikan bahasa Melayu kita.
"I rasa mcm nak g lunch dulu dgn member I, U datang jap g la"
"aku tak setuju dengan benda neh"
"lu ingat lu sudah cukup baik la!"
Ramai dalam kalangan kita yang menggunakan laras bahasa yang salah. Tidak dinafikan yang saya juga sering melakukan benda yang sama. Tetapi pada pendapat saya, penulis harus bijak menggunakan bahasa. Jika kita menulis sebuah artikel yang majoritinya dibaca oleh pembaca yang fasih dan faham bahasa Melayu, adalah lebih elok kita tulis dengan laras bahasa yang bagus. Ini tidak, perjuangan berpaksikan dan berteraskan agenda mempertahankan bangsa Melayu, pada pendapat saya ia termasuk menjaga khazanah bangsa itu sendiri termasuk bahasa.
Dipetik daripada Amenoworld.blogspot.com
Contoh seperti artikel di atas, memang banyak kesalahan. Tetapi bukan niat saya untuk menunding jari, tetapi hanya ingin menunjukkan apa kesilapan kita selama ini sehingga saya rasa nilai bahasa kita semakin hari semakin rendah. contoh seperti perkataan 'Undang2', sebenarnya ialah 'undang-undang'. Bukankah lebih cantik jika kita menulis dengan laras yang betul?
Dipetik daripada Malaysiakini.com
Cuba kita bandingkan dengan hasit tulisan daripada Malaysiakini.com, bukankah lebih moleh jika kita menulis dengan laras bahasa yang sesuai, tatabahasa yang betul. Bahasa mencerminkan bangsa. Saudara yang saya sayangi sekalian, artikel ini saya tulis juga untuk peringatan saya sendiri agar menulis dengan baik. Baiklah, jika kita ingin menulis dalam bahasa Inggeris, amatlah saya galakkan kita menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Ini kerana saya tidak menafikan peranan Bahasa Inggeris kerana saya sendiri mendapat pendidikan berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris.
Ingin saya tegaskan disini bahawa, saya tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Hanya ingin mengubah senario semasa dengan pengaruh yang sedikit. Saya berharap agar saya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian dapat mengubah persekitaran kita.
Baiklah sampai disini pertemuan kita, akhir kata bahasa jiwa bangsa.
Ini saya, bukan perfeksi.
^^
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete