Apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan sihat dan selamat. Sahabat sekalian, pada hari ini hamba ingin berkongsi pendapat tentang manusia dan batu.
Manusia diciptakan sebaik-sebaiknya ciptaan Allah. Manusia ini dilahirkan sama sahaja tarafnya pada pandangan Allah. Yang membezakan sesama kita hanyalah iman dan amal. Jadi sahabat sekalian, apa perkaitannya dengan batu?
Sahabat sekalian, jika kita lihat sekeliling kita terdapat banyak batu-batu. Selain itu ada juga batu yang mahal, contohnya batu zamrud dan batu berlian. Mengapa sesetengahnya begitu mahal sekali? Sesetengahnya pula sebaliknya bahkan tidak ada harga? Ini kerana batu tersebut mempunya nilai.
Nilai ini yang membezakan batu-batu tersebut. Sama juga seperti manusia. Membezakan antara kita hanyalah iman dan amal. Justeru, jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah, apa beza antara kita dan batu-batu tersebut. Nauzubillah.
Baiklah, sampai disini saja perkongsian pendapat hamba. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan golongan orang beriman. Amin. Perkongsian ini juga peringatan buat hamba, kerana sebagai saudara adalah molek untuk kita berpesan-pesan sesama kita.
Yang baik itu semuanya datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari hamba yang hina.