Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik SMK Sepagaya walaupun cuma bertaraf 'sementara'. Kepada semua rakan-rakan guru terutama guru-guru yang pernah mengajar saya, saya ucapkan selamat hari guru.
Baiklah, hari ini cerita saya berkisar mengenai sekolah saya. Pertama sekali, entri ini dibuat susulan daripada penulisan artikel daripada Sabahkini.net. Klik sini untuk entri tersebut. Artikel tersebut bertajuk "SMK SEPAGAYA MUDAH DICEROBOH".
Baiklah, mari kita lihat apa kelompongan dalam artikel tersebut. Sahabat pembaca sekalian, saya berasal daripada sekolah yang sama dan kini berkhidmat disekolah yang sama. Justeru, saya tahu serba sedikit mengenai sekolah ini. Sahabat sekalian pertama sekali mengenai dakwaan bahawa sekolah ini tidak mempunyai bekalan air. Dakwaan ini amat tidak masuk akal sekali kerana kemudahan air sentiasa ada. Bahkan, surau juga dilengkapi dengan kemudahan air bukan sahaja tandas (kecuali anak penulis artikel tidak pernah ke surau smk sepagaya mungkin beliau tidak tahu).
Kedua, dakwaan mengenai sekolah ini mudah diceroboh kerana pagar yang rosak. Saudara sekalian, sekolah ini sudah berusia lebih 15 tahun dan sepanjang pengetahuan saya pagar ini sudah dibaiki 2 kali. Dalam masa terdekat pagar baru akan dibina. Yang menjadi kebimbangan ialah adakah pagar itu dapat bertahan. Ini kerana segelintir pelajar sering melakukan budaya vandelisme. Jika budaya vandelisme ini berlaku, salah siapa? sudah tentu ini salah pelajar tersebut (juga ibubapa). Saya tidak ingin menunding jari, tetapi kebelakangan ini ibubapa kurang perihatin terhadap anak mereka. Tidak perlu saya tunjukkan contoh disini kerana tidak ingin mengaibkan sesiapa.
Baiklah, terus kepada dakwaan ketiga iaitu orang luar membolosi kawasan sekolah untuk memukul pelajar. Maafkan saya kerana ingin saya perbetulkan disini bahawa semua kes tersebut berlaku di LUAR sekolah. Kebanyakan pelajar ponteng membolosi pagar sekolah (bukan orang awam membolosi pagar sekolah) untuk keluar ke kawasan kedai. Jadi siapa salah? sudah tentu pelajar tersebut yang salah! Ini kerana masa pengajaran dan pembelajaran pelajar sepatutnya berada didalam kelas bukan di luar. Bukan begitu bapa kecewa (nama samaran penulis)?
Yang terakhir, sebagai ibubapa yang perihatin sepatutnya perkara ini dibawa terus ke mesyuarat PIBG. Benda seperti ini hampir tidak ada kaitan dengan YB Salleh Kalbi (Mantan Ahli Parlimen p.188) ataupun YB Datu Nasrun (Kini Ahli Parlimen p. 188) kerana perkara seperti ini adalah dibawah bidang kuasa PIBG. Mungkin saudara bapa kecewa jarang sekali datang ke perjumpaan PIBG.
Selesai dengan bidasan saya. Walau bagaimanapun, saya juga menyokong beberapa perkara yang diutarakan terutama mengenai bekalan elektrik. Sepatutnya pelajar belajar dalam suasana kondusif. Tetapi saya yakin yang perkara ini akan selesai dalam masa terdekat.
Oleh itu, saya ingin menyatakan disini bahawa jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati terutama mengenai prasarana sekolah eloklah terus ke saluran yang betul. Bukan menulis artikel seperti ini.
Sekian.
This is me, bukanperfeksi.
betul, jgn salahkan yb. lg pn golongan guru2 yg konon2 intelektual tidak berminat utk menggundang yb utk rasmikan apa2 majlis di sek ni. mcm lah profesion YB ni nampak kotoq sgt. jd..mcm mna yb nak tau masalah sek ni.
ReplyDeletepui la kau sana.. kau apa tau?baru saja guru ganti pun..saya menyokong 110% artikel bapa kecewa dari sabahkini.net kerana apa yg dikatakannya benar..selama 10 tahun lebih masalah ini ada..guru-guru membawa aduan ini kepada mesyuarat agung pibg tetapi hanya janji manis dari ydp,wakil ahli parlimen, ppd pun diberitahu masalah sekolah ni tetapi tiada tindakan dibuat..pui la!!!sya selaku bekas pelajar sekolah ini pun amat kecewa dgn keadaan smk sepagaya lahad datu..pikirkanla untuk anak bangsa kita.. sejauh manakah kita perlu "membackup" pihak atasan kalaun dorang pun sentiasa melupakan kebajikan kita..jgn lupa dewan terbuka sumbangan pibg pun hasil kerja keras guru-guru yg prihatin untuk pelajar2 smk sepagaya..jgn kau tambirang sana.bgs kau diam saja..pikir kau anak pk hem bolehla kau tambirang?!!ini kalilah..pui!!!
ReplyDeleteterima kasih kerana membaca respon saya. Pertama, saya ambil kata-kata saudara "saya menyokong 110% artikel bapa kecewa dari sabahkini.net kerana apa yang dkatakannya benar." Saya sudah kata bukan semua yang saya respon kepada artikel beliau menentang 100%. saya menyokong mengenai masalah elektrik kerana saya dengar keluhan bukan hanya dari pelajar tapi guru-guru juga. kedua, saya tidak ada kata saya puas hati dengan keadaan sekolah bukan? justeru pihak berkenaan perlu ambil peduli.
DeleteYang terakhir, saya kira ini agak peribadi apabila saudara mengheret ayah saya. demi Allah saya harap saya tetap rendah diri dan tidak pernah bangga dengan sedikit kelebihan.
jadi berbangga la dengan kekurangan kau sana..smk sepagaya perlu perubahan bukan kekurangan..aduan2 sudah dihantar pun ke pihak atasan tp mana tindakan..smk sepagaya perlukan pembaharuan..kcian anak bangsa kita ..kalau pelajar belajar dalam keadaan selesa memang tidak akan ada pelajar yg ponteng..klu ada pun, itu yg golongan yg kurang berfikiran untuk masa depan..apa yg saya nampak kesemua guru-guru smk sepagaya patut diberi pujian kerana hasil keputusan pmr,spm dan stpm yg amat memuaskan walaupun dalam keadaan daif dan serba kekurangan..minta maaf saya kepada pihak penerbit blog ini kerana saya amat kecewa sebenarnya dengan pihak atasan..adik2 sya bersekolah cini selalu bercakap hal yg sama "bang bilakah smk sepagaya tu ada karan,bilakah pagar kita tu siap konkritnya??"saya amat kecewa kebenaran terhadap sekolah ini..saya berani menjamin agar semua pihak atasan terutamanya pihak kpm dari putrajaya dtg ke smk sepagaya sendiri untuk mnilai sejauh manakah kebenarannya..saya berani tanggung sekiranya saya mnipu dan akan hidup di dunia neraka..cuba pikirkan untuk msa depan anak-anak smk sepagaya dan lahad datu yg dicintai ni..bila lagi anak-anak kita, adik-adik kita menjadi salah satu menteri di putrajaya???pikirkanla bersama-sama
ReplyDeletedatang sendiri ke smk sepagaya dan lihat sejauh manakah kebenarannya??the truth will be revealed!!!(dipetik dari sabahkini.net)
ReplyDelete