Pada hari ini tamatlah tugas saya sebagai guru secara rasmi. Baiklah, seperti yang saya sudah janjikan sebelum ini saya akan bercerita mengenai cabaran guru dalam dunia tanpa sempadan. Dalam dunia yang serba canggih ini, maklumat peribadi kita bukan lagi rahsia. Dalam sekelip mata, kita sudah dapat maklumat yang kita kehendaki. Ramai juga yang menggunakan maklumat peribadi ini untuk menyerang guru begitu juga pentadbir sekolah.
Guru tidak lari daripada kepesatan teknologi. Dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025, begitu banyak sekali inisiatif kerajaan dalam memastikan golongan guru sentiasa ditahap terbaik terutama sekali dalam memastikan guru-guru fasih dalam dunia serba canggih ini. Kini, bukan sahaja guru perlu celik dalam konteks IT, tetapi juga mendepani masalah sosial dalam kalangan pelajar terutama dalam era dunia tanpa sempadan.
Era dunia tanpa sempadan bermaksud maklumat juga berada dihujung jari pelajar. Jika tidak dikawal, dikhuatiri pelajar akan mudah terpengaruh apatah lagi pelajar sekolah menengah berada dalam peringkat ingin mencuba. Justeru, ibubapa memainkan peranan penting. Memetik kata-kata ustaz kazim alias, beliau menyatakan bahawa ibubapa bertanggungjawab mengajar anak tentang akhlak sebagai pelajar. Ini bermaksud ibubapa harus mempersiapkan anak mereka untuk sedia menerima ilmu. Manakala tanggungjawab guru pula ialah memastikan pelajar menerima ilmu tersebut. Jadi, jika salah satu gagal berfungsi maka ini bermaksud terdapat kelemahan dalam satu sistem pendidikanm iaitu pendidikan dari ibubapa dan guru.
Oleh yang demikian, saya pasti dalam tempoh menjelang 2020 ini profession guru patut diangkat lebih tinggi lagi kerana cabaran yang mereka lalui bukan calang-calang. Diharapkan agar ibubapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak dari rumah lagi agar lebih berdisiplin. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya yang lemah ini.
This is me, bukan perfeksi.
No comments:
Post a Comment