Monday, May 6, 2013

Kematian dan Manusia

Assalamualaikum,

Saudara-saudara sekalian, salah satu janji kita dengan Allah ialah yang hidup pasti akan mati. Sedar atau tidak, malaikat maut sebenarnya begitu rapat dengan kita. Setiap hari, malaikat maut melawat kita sebanyak 70 kali sehari. Subhanallah, saudara sekalian begitu hampir sekali ajal kita. Muda atau tua bukan pengukur. Sebentar tadi, sewaktu pulang dari berjemaah di masjid hamba tertarik dengan ceramah dari radio. Ustaz tersebut menyatakan sesuatu yang agak lucu iaitu nasiblah manusia ini nyawanya tidak dicabut mengikut abjad. Jika dicabut mengikut abjad pasti semua nama kita bermula dengan huruf 'Z'. 

Justeru dalam tulisan yang ringkas kali ini saudara, hamba ingin berpesan pada diri hamba terutamanya dan saudara pembaca sekalian agar bertaubat kerana selagi matahari tidak terbenam di barat, selagi itu pintu taubat masih terbuka. Dan, janganlah kita menunda taubat itu. Contohnya, esok sajalah. "Tak apa masih muda". Saudara sekalian, suka saya kongsikan cerita orang yang sudah koma berbulan-bulan tapi masih lagi bernyawa. Manakala anak buah saya hanya berumur 16 tahun ketika itu. Anak buah saya mengalami kecelakaan jalan raya dan terlebih dulu menghadap Allah berbanding orang yang sudah berbulan-bulan koma. Oleh itu, marilah kita berpesan sesama kita agar pulang ke jalan Allah.

Baiklah, sampai disini saja penulisan hamba. Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari hamba yang hina ini.

This is me, bukan perfeksi.

^^

No comments:

Post a Comment