Assalamualaikum semua!!!
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik SMK Sepagaya walaupun cuma bertaraf 'sementara'. Kepada semua rakan-rakan guru terutama guru-guru yang pernah mengajar saya, saya ucapkan selamat hari guru.
Baiklah, hari ini cerita saya berkisar mengenai sekolah saya. Pertama sekali, entri ini dibuat susulan daripada penulisan artikel daripada Sabahkini.net. Klik
sini untuk entri tersebut. Artikel tersebut bertajuk "SMK SEPAGAYA MUDAH DICEROBOH".
Baiklah, mari kita lihat apa kelompongan dalam artikel tersebut. Sahabat pembaca sekalian, saya berasal daripada sekolah yang sama dan kini berkhidmat disekolah yang sama. Justeru, saya tahu serba sedikit mengenai sekolah ini. Sahabat sekalian pertama sekali mengenai dakwaan bahawa sekolah ini tidak mempunyai bekalan air. Dakwaan ini amat tidak masuk akal sekali kerana kemudahan air sentiasa ada. Bahkan, surau juga dilengkapi dengan kemudahan air bukan sahaja tandas (kecuali anak penulis artikel tidak pernah ke surau smk sepagaya mungkin beliau tidak tahu).
Kedua, dakwaan mengenai sekolah ini mudah diceroboh kerana pagar yang rosak. Saudara sekalian, sekolah ini sudah berusia lebih 15 tahun dan sepanjang pengetahuan saya pagar ini sudah dibaiki 2 kali. Dalam masa terdekat pagar baru akan dibina. Yang menjadi kebimbangan ialah adakah pagar itu dapat bertahan. Ini kerana segelintir pelajar sering melakukan budaya vandelisme. Jika budaya vandelisme ini berlaku, salah siapa? sudah tentu ini salah pelajar tersebut (juga ibubapa). Saya tidak ingin menunding jari, tetapi kebelakangan ini ibubapa kurang perihatin terhadap anak mereka. Tidak perlu saya tunjukkan contoh disini kerana tidak ingin mengaibkan sesiapa.
Baiklah, terus kepada dakwaan ketiga iaitu orang luar membolosi kawasan sekolah untuk memukul pelajar. Maafkan saya kerana ingin saya perbetulkan disini bahawa semua kes tersebut berlaku di LUAR sekolah. Kebanyakan pelajar ponteng membolosi pagar sekolah (bukan orang awam membolosi pagar sekolah) untuk keluar ke kawasan kedai. Jadi siapa salah? sudah tentu pelajar tersebut yang salah! Ini kerana masa pengajaran dan pembelajaran pelajar sepatutnya berada didalam kelas bukan di luar. Bukan begitu bapa kecewa (nama samaran penulis)?
Yang terakhir, sebagai ibubapa yang perihatin sepatutnya perkara ini dibawa terus ke mesyuarat PIBG. Benda seperti ini hampir tidak ada kaitan dengan YB Salleh Kalbi (Mantan Ahli Parlimen p.188) ataupun YB Datu Nasrun (Kini Ahli Parlimen p. 188) kerana perkara seperti ini adalah dibawah bidang kuasa PIBG. Mungkin saudara bapa kecewa jarang sekali datang ke perjumpaan PIBG.
Selesai dengan bidasan saya. Walau bagaimanapun, saya juga menyokong beberapa perkara yang diutarakan terutama mengenai bekalan elektrik. Sepatutnya pelajar belajar dalam suasana kondusif. Tetapi saya yakin yang perkara ini akan selesai dalam masa terdekat.
Oleh itu, saya ingin menyatakan disini bahawa jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati terutama mengenai prasarana sekolah eloklah terus ke saluran yang betul. Bukan menulis artikel seperti ini.
Sekian.
This is me, bukanperfeksi.